SEMINAR ICT PANTAI BARAT UTARA 2023

Tarikh: 2023-01-18

Seminar ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada para peserta mengenai dengan kepentingan mengoptimumkan perkembangan teknologi ICT yang pesat bagi membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan menjayakan inisiatif Kerajaan memaju ekonomi digital negara; Mengembangkan budaya pembelajaran berterusan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif terhadap penggunaan ICT dan inovasi digital yang diperkenalkan dan; Menyediakan medan pertemuan kepada penjawat awam di peringkat daerah/wilayah untuk perbincangan dan mewujudkan kerjasama strategik sesama agensi dalam aspek peningkatan penyampaian perkhidmatan Kerajaan Digital.